Friday 10 June 2016

"PELUANG BELAJAR PERKARA BARU"



Sekiranya Anda tidak menghadapi kegagalan, mungkin Anda tidak 

cukup mengambil risiko. Tiada manusia yang benar-benar berharga 

sekiranya mereka tidak mahu mengambil risiko dengan jiwa harta dan 

nyawa terhadap spekulasi yang besar. – Theodore Roosevelt



Assalamualaikum semua..

Tajuk kali ini mungkin membuat anda terfikir PELUANG itu datang dari pelbagai maksud

yang tersendiri. NFI nak share pengalaman "bercinta" dengan peluang yang ada di depan 

mata. Setiap hari di antara anda mendapat peluang dalam pelbagai senario. NFI tahu, 

kita juga masih samar samar dalam meniti peluang itu menjadi kenyataan untuk berjaya 

dalam memenuhi "PELUANG" itu. 


Setiap hari kita berinteraksi dengan orang lain, kita sentiasa 

berpeluang untuk belajar perkara baru. Biasanya lebih mudah mempelajari 

perkara baru melalui orang lain. Perjalanan hidup kita walaupun dilahirkan daripada 

perut ibu yang sama pasti akan berbeza. Walau anak kembar sekalipun, akan ada 

perbezaan yang ketara antara satu dan yang lain kerana itu lah kehebatan ALLAH SWT.


Kenyataan adalah persepsi anda. Jika anda ingin mengubah kenyataan 

hidup anda, mulailah dengan mengubah persepsi anda." 

[Dr. Ibrahim Elfiky]


Perkara baru akan dapat dipelajari hanya apabila orang yang kita bertemu mempunyai 

pendapat yang berbeza dengan apa yang kita fikirkan. Perbezaan pendapat biasanya 

banyak membuatkan hidup kita sengsara. Masing-masing cuba pertahankan pendapatnya 

dan merasakan orang lain perlu sependapat dengan kita.


Sebab apa sengsara?

sebab nya adalah apabila pendapat kita di sergah, maka kita bertindak bertekak untuk 

mempertahankan diri. Apa sahaja sergahan orang terhadap kita, akan kita pertahankan 

seolah olah kita sedang dibicarakan.


Bersedia untuk melangkah keluar dari zon selesa anda dan melakukan perkara yang 

anda tidak pernah lakukan sebelum ini. Ia akan memberi anda perspektif baru terhadap 

kehidupan bagi semua yang anda lakukan. Sentiasa terbuka kepada idea-idea baru, 

maklumat, dan peluang pekerjaan. Jangan tutup fikiran anda kepada perkara-perkara 

baru, berfikir bahawa anda tahu segala-galanya yang anda perlu tahu. Dunia sedang 

berubah dengan pantas dan anda perlu menyimpan di atas perkara-perkara yang jika 

anda ingin berjaya. Apakah perkara yang ingin anda capai kejayaan nya? adakah kerjaya? 

adakah jodoh? Terpulang kepada anda.


Adalah penting untuk berfikir secara positif.

Pemikiran negatif akan membunuh anda dan memusnahkan mana-mana peluang anda 

untuk berjaya. Jangan biarkan keadaan mengumpan anda ke dalam pemikiran negatif, 

kadang-kadang anda akan gagal, tetapi anda akan belajar untuk masa yang akan datang. 

Setiap kali fikiran negatif datang pada anda, mengalah lah ia. Menggantikannya dengan 

pemikiran yang positif.



"Mereka yang tidak punya keberanian untuk mengambil rIsiko tidak 

akan mencapai apapun dalam hidupnya. "– Muhammad Ali






Bermanis muka itu perkara yang menyenangkan,

Di kala hidup mengalir lancar bak arus tenang,

Namun orang berwibawa itu adalah

Dia yang mampu memberi senyuman

Ketika segala di sekitarnya penuh kesalahan

Lebih baik berani mencuba tentangan, mencari kemenangan besar walaupun 

dihantui kegagalan, daripada duduk saja seperti orang tidak bersemangat 

yang tidak gembira dan menderita kerana hidup dalam dunia yang tidak 

mengenal menang ataupun kalah



                                       


Peluang belajar perkara baru itu seperti api yang sedang membara. Cuba anda 

bayangkan peluang di hadapan anda akan menjadi kejayaan dalam masa 

seribu tahun akan datang di dunia dan akhirat jua. Persoalannya....

Pernahkah anda terfikir untuk jadikan perkara baru itu sebagai peluang anda 

meraih kejayaan?

Dan adakah perkataan PELUANG itu sentiasa menjadi permulaan anda untuk 

mencapai matlamat dalam hidup?

 "Makin Besar masalah yang anda hadapi, makin besar peluang yang 

anda miliki." -Matthias Schmeltz

Meniti impian haruslah dengan kesabaran, kerja keras dan juga pengorbanan 

yang penuh kerana ia akan membangkitkan jiwa yang tenang untuk meraih 

kejayaan pada PELUANG yang ada.

Sekian.




















Monday 2 May 2016

Suka nya kerja part time....

 Bekerja untuk keseronokan atau kehidupan??


Part time job!

Kerja separuh masa ni ada kala 

nya baik dan adakalanya tidak. Baik tu 

sebab kita boleh belajar cara kerja itu 

sendiri dan dapat cari payment per day 

lebeh. Yang tidak baik nya 

kerja tu tak tetap.. 

tetapi adakah kerja part time ini 

buruk di  pandangan mata mereka yang 

terpelajar??  untuk pengetahuan 

semua, mereka yang 

bersama saya di dalam setiap 

gambar ini adalah mereka yang terpelajar.

Mereka di antaranya adalah product 

dari universiti UITM, UM, UPM, UIA dan USM.

Bekerja dalam satu team. Apabila kerja atau kerjaya seorang yang keluaran dari product 

UNIVERSITI tidak mempunyai kerjaya yang tetap, hanya kerja sebagai part time, mereka 

atau saya juga di pandang sinis oleh sesetengah pihak kerana kerjaya itu tidak selari 

dengan kelayan kami dan hidup kami. Kerja seperti ini banyak faedah nya wahai pembaca 

sekalian.

 Nak tahu apa faedah nya?!


  • Anda mempunyai kerja tetap tetapi bekerja sambilan selama 2 hari di antara sabtu dan ahad. Saat itu anda, anda dah isi masa cuti anda dengan pengalaman yang berfaedah untuk berniaga dan masa itu terisi dengan wang ringgit juga.
  • Pengalaman bekerja anda menjadi sangat banyak dengan pelbagai jenis kerja sambilan.
  • Menambah kenalan baru.
  • Dapat belajar erti kesabaran bekerja kumpulan dan keluarga.


Sahabat sekalian, banyak lagi faedah yang kita dapat sebenarnya. YES!!

TRUE! penat dan letih untuk bekerja tanpa bercuti ni. Tetapi kita yang muda ini lah perlu 

berusaha untuk mencapai impian ketika ini. Bukan berfikir sejauh mana kita nak dapat 

kerja tetap yang bagus je memanjang..






Nampak tak keseronokan bekerja sabtu ahad ni??

Muka nampak happy je pada gambar.. tapi hati mengatakan "takpe.. kita cuba.."

mereka ni sis jumpa baru 2 hari taw! kalau kita sebagai manusia tidak menghargai 

persahabatan yang ada, jangan harap semua ni akan terjadi!







Event butik ini berlangsung sabtu dan ahad pada iaitu anniversary butik ini. Baju yang 

kami pakai dan tudung juga dari butik muslimah ini yang terletak di seksyen 7 

berhampiran jakel dan petronas. 





...............................................................................................................................


Jika kamu gagal mendapatkan sesuatu, hanya 

satu perkara yang harus kamu lakukan,

cuba lagi!!!!

             ............................................................................................................................................

Thursday 21 April 2016

KEM MOTIVASI.......???




Assalamualaikum

hai viewers semua!! apa kabo?? sihat ke??

nak share pengalaman jadi fasilitator untuk pelajar sekolah...


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS

SMK TAMAN DESA 2, RAWANG.

Date :  15 - 16 APRIL 2016 (Jumaat dan sabtu)

Tempat :  FRIM, Kepong.

Pelajar yang join aktiviti seramai 41 pelajar.  Perangai pelajar-pelajar kali ni sangat best. 

Mudah di  jaga dan mudah di beri arahan. Pelbagai kisah suka duka bersama mereka 

walaupun jangka masa dua hari. Ramai jugak yang tanya macam mana boleh join jadi 

fasilitator ni?? actually, this is luck. dari sekolah lagi suka kan aktiviti masuk hutan ni.. Di 

beri arahan dan mendengar arahan. Kalau dapat sekolah yang join very hardcore tu, 

bermasalah ni, lagi susah nak layan. Bukan takat tu je, lagi susah nak memberi arahan. 

Kalau jangka masa 3 hari tu, lagi gile otak kita ni taw...Kene banyak bersabar. 

hati mau kental beb! kene caci maki pada pelajar yang bermasalah pada sis!!fuh, banyak 

kene guba psikology!! emosi kene kawal.. marah,  sedih.. Hati mesti kental sebab mereka 

ni kene faham kehendak dan kemahuan meraka.. mereka bukan mahu kan motivasi tetapi 

mahu kan kasih dan sayang.. sebab tu mereka kene hantar ke kem kepimpinan motivasi.. 

tapi pada kali ni, student nya, sume best2!




Ni lah name tag mereka yang terlibat sebagai peneraju utama dalam kem ni supaya 

berjaya sehingga ke majlis penutupan kem ni. Semua nya lelaki. sis je la sorang fasi 

perempuan. Bukan mudah nak pikul tanggungjawab sebagai pemimpin. Kita kene 

menjadi kakak kepada mereka.. segala masalah mereka kita perlu dengar.. kita perlu 

menjadi seorang pendengar setia.. Disaat mereka mencari jalan penyelesaian untuk 

mecapai matlamat mereka sebagai seorang pelajar, seorang kakak perlu memberi ilmu 

yang secukup nya untuk mereka.. Bukan menjadi fasi ini untuk wang semata mata.. kami 

korban kan masa untuk mereka saat cuti rehat di rumah pada asalnya.





Ini lah di antara pelajar nya.. sangat terbaikkk!







Menjadi seorang pemimpin memerlukan jiwa yang kental.. emosi yang kuat untuk 

berhadapan perubahan yang akan menjadi lebih baik.. bukan mudah untuk mengawal 

mereka yang begitu ramai nisbah nya di antara kita yang bergelar pemimpin.. Kita bukan 

hanya bersuka ria bersama mereka tetapi mempunyai misi untuk mereka bersama kami 

sebagai consultant mereka..


Di manakah saya???



Penasihat kem kepimpinan bersama fasilitator untuk perbincangan aktiviti seterusnya..


  Sambil menunggu makan malam...

sambil tu selfie dulu.. mereka ni sangat 

banyak bertanya.. kita harus lempar kan 

senyuman.. kerana dengan senyuman, 

kepenatan itu mampu membuat mereka 

gembira.. happy..  

Ya Allah..sesungguh nya mereka ini 

memberi aku kesedaran akan kehidupan ini.. akan kesabaran ini.. Mungkin akan hadirnya 

kehidupan lain untuk aku terus sedar akan kepayahan hidup.




Senaman pagi kali ini di terajui oleh En. Amirul Faiz bersama Encik Afiq.

Muzik yang digunakan Chicken dance. Bukan main seronok pelajar ni. Sebelum progrem 

seterusnya berjalan, kami bagui mereka panas kan badan dulu supaya nanti masa nak 

"jungle tracking" tak de la terseliuh sana sini..Masa ni pelgai permainan mereka bersaing 

sesama mereka untuk merebut markah kumpulanAlhamdulilah.. mereka memberi 

kerjasama yang terbaik pada kami..





Ini lah Amirul faiz dan Muhd Afiq.                     Ini Penyelaras progrem. En, Wan Heidzer.
                                                                                         
                                                                        Ketika ni sesi suai kenal..






Ini aktiviti malam.. kembara minda... saat ni la menguji ketahanan mental dan fizikal 

kita.. menguji creativiti mereka dalam berpasukan.. siap ada chekpoint...

Siap cakap dengan tiang lampu...



























Gambar bendera yang tertera itu 

menunjukkan betapa creative je mereka 

membersembahkan hasil kerja kumpulan 

mereka. Itu hanya di antara nya sahaja saya tunjuk kan sebab yang lain tak sempat nak 

ambik gambar. Apa pendapat anda yang melihat nya?? adakah creative mereka ini??

Mereka ni baru tingkatan 4 dan 5 taw!


Progrem ini tamat pada jam 3.30 ptg selepas solat dan makan. Alhamdulilah walaupun 

hanya dua hari tetapi kami dah seperti kenal lama... semoga kita akan berjumpa lagi.. 

amin.


       ...................................................................................................



Seberat apapun beban masalah yang kamu 

hadapi saat ini, percayalah bahwa semua itu 

tidak pernah melebihi batas kemampuan kamu.


       .....................................................................................................


         A S S A L A M U A L A I K U M










Wednesday 20 April 2016

Suka berniaga ke tak???



Assalamualaikum..

hai semua..

apa khabar?? 

lamaa tak update... salam pekenalan kepada anda yang baru view my blog!! thanksss..


Usahawan yang merupakan peramal didorong oleh ketidakpuasan hati dengan keadaan di dunia.

kreativiti mampu membantu bisness makanan maju dan terus maju.

Dalam perniagaan, kita perlu mencipta kelebihan untuk bersaing dengan perniagaan lain.

Ini lah yang saya mula kan...

berniaga..

menjadi usahawan..

tetapi cari lah ilmu sebaik yang mungkin.... !!













     Menu List yang sangat comel,,

    Alhamdulilah .. menyenangkan mereka 

         melihat menu kami juga..
Nak berjaya, perlu ada cara untuk menyampaikan kepada mereka di luar sana faham dan 

mengerti apa yang sedang kita lakukan. Bukan sekadar  buat tapi tak laksanakan..

jadi, ini lah hasilnya.

Tapi benar.

memang serendah Rm 3.00 di restoren ini.


 

Alhamdulilah.


...............................................................................................................................................


“Fokus Adalah Salah Satu Faktor Penting Yang Membantu Seseorang Untuk Cepat 

Berjaya. Tetapi Itu Tidak Benar. Kerana Fokus Sahaja Tidak Mencukupi. Kita 

Hendaklah Menjadi Sangat Focus! Terhadap Tugasan Atau Perkara

 Yang Kita Hendak Capai.”

 ..........................................................................................................................................................